HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 Julai 2020

Mujahid mahu berdebat dengan Azeez, tolak berdebat dengan Asyraf

SUARA MERDEKA

BEKAS menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal agama Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengajak bekas pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk berdebat mengenai isu-isu berkaitan Tabung Haji.

Naib Presiden AMANAH Nasional itu berkata, beliau tiada untuk berdebat secara terbuka dengan Abdul Azeez selepas Ahli Parlimen itu galak mencelah ketika dia berucap di Parlimen pada 15 Julai lalu.

Malah kata Mujahid, sepanjang berada di bawah Kementerian Agama sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN), Asyraf juga sama sekali tidak pernah membangkitkan isu tersebut.

“Orang tanya, kenapa Datuk Seri Azeez, kenapa tak nak berdebat dengan Asyraf Wajdi? Asyraf bukan ahli Parlimen.

“Azeez ini ahli Parlimen dan dia Pengerusi TH. Asyraf dulu dia pegang jawatan Timbalan Menteri, satu patah perkataan tidak keluar tentang TH.

“Kenapa pula hari ini dia berlebih-lebih dan saya perlu berdebat dengan dia?” soalnya lagi.

Asyraf Wajdi sebelum ini berkali-kali mengeluarkan kenyataan terbuka mengajak bekas menteri agama itu untuk berdebat mengenai isu melibatkan Tabung Haji.-SM

Tiada ulasan: