Pihak pendakwaan meminta mahkamah mengenakan denda RM210 juta
terhadap Najib atas kesalahan menyalahgunakan kuasa, kira-kira lima kali
jumlah yang terlibat dalam jenayah itu, dan hukuman penjara mandatori.
Mengenai
jenayah pecah amanah, pihak pendakwa menuntut hukuman penjara antara
dua hingga 20 tahun dan denda, mengikut budi bicara mahkamah.
Bagi
pertuduhan pengubahan wang haram, pihak pendakwaan menuntut hukuman
penjara tidak lebih daripada 15 tahun dan denda RM210 juta, kira-kira
lima kali jumlah yang terlibat dalam jenayah tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.