Parti
Keadilan Rakyat tidak lagi relevan apabila tidak bersikap adil terhadap
pemecatan ahli-ahlinya, kata Mohamed Azmin Ali. - Gambar fail
Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, itu antara sebab anggota termasuk pimpinan tertinggi PKR hilang keyakinan terhadap parti itu.
"Mereka berbicara soal reformasi dan keadilan tapi mereka tak boleh lakukan keadilan kepada anggotanya sendiri.
"Bagaimana mereka boleh membawa prinsip keadilan dalam negara kalau
prinsip keadilan ini tidak dapat diterjemahkan dalam proses tindakan
disiplin terhadap anggotanya dalam parti," katanya mengulas pemecatan
Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha.
Azmin berkata, pemecatan
Haniza dalam parti yang turut digugurkan daripada Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri (MMKN) dianggap tidak adil.
"Saya rasa peranan tersebut lebih baik daripada kekal dalam parti atau kerajaan tetapi menjadi pengemis kepada pemimpin yang zalim," katanya.
Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Haniza Talha digugurkan sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor susulan pemecatannya daripada PKR hujung bulan lalu.
Portfolio Perumahan dan Kehidupan Bandar akan dipangku beliau dan sebarang program berkaitan portfolio itu turut ditangguhkan buat sementara waktu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.