ALOR SETAR – Sokongan yang semakin baik yang ditunjukkan oleh rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) selain penolakan terhadap Pakatan Harapan (PH) menjadi ukuran mereka mampu menang besar pada PRU15 jika diadakan dalam masa terdekat ini.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, PN Kedah
yakin sapu bersih semua 15 Parlimen dan 36 DUN di negeri ini berdasarkan
situasi tersebut.
Beliau berkata demikian menjawab kenyataan Pengerusi PH Kedah,
Datuk Johari Abdul meletakkan sasaran memenangi lebih daripada 7 kerusi
Parlimen yang dimiliki mereka ketika ini jika PRU diadakan dalam masa
terdekat.
“Sasaran PN Kedah adalah menguasai 15 Parlimen dan 36 DUN.
Perkara ini adalah bersandarkan realiti politik sekarang kerana orang
dah tak boleh terima Pakatan Harapan (PH) dan sambutan pada PN juga
sangat hebat.
“Jumlah undi yang diterima oleh parti-parti (BN, Pas dan Bersatu)
kalau kita ambil berdasarkan PRU14, campur semua yang ada, habislah
depa (PH),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat
Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap, semalam.
Sabtu lalu, Johari berkata, rakyat mahu perubahan berlaku
seperti yang berlaku pada PRU14 lalu apabila mandat dikembalikan selain
berlaku perubahan di tampuk pemerintahan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan