Sebelum
itu lagi dikecohkan oleh RBA dan khadam-khadam DAP bahawa Dato’ Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) tidak diterima untuk mengadap DYMM
Sultan Perak. Pesuruhjaya (PJ) PAS Perak pula tidak dikekalkan dalam
barisan Exco Kerajaan Perak kerana dikatakan derhaka terhadap Sultan.
Kemudian ada pula segerombolan seramai lapan orang datang bawa memo ke
Pejabat Agung PAS kononnya bantah kerjasama PAS BERSATU.
Kelihatan agak rapi dan teratur serangan-serangan itu terhadap PAS. Namun seperti yang selalu saya sebut PAS ini parti jujur. PAS parti yang sangat bersifat setia kawan. PAS parti pak lebai yang sentiasa berserah diri kepada Allah. Kerana itu secara peribadi saya tak pernah risau jika PAS diserang bertubi-tubi dari setiap penjuru. Adakala diserang lawan dan banyak ketika juga diserang rakan. Allah tetap melepaskan PAS dari setiap serangan itu. Ini adalah berkat keikhlasan ahli-ahli PAS dalam perjuangan mereka. Berkat sifat sami’na waatho’na mereka kepada Allah, Rasul dan pimpinan.
Benarlah kata Allah;
وَمَن یَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ
“Dan
sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang
beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya
golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.”
[al-Ma’idah: 56]
Alhamdulillah… Semalam TGHH telah mengadap Baginda Sultan Perak. Petang semalam YB Tuan Haji Razman PJ Perak dipanggil mengangkat sumpah sebagai Exco. Tengahari semalam kumpulan penghantar memo bantahan PN yang disebut akan hadir beramai-ramai, tiba-tiba hanya hadir dua buah kereta sahaja.
Apa lagi selepas ini yang akan mereka lakukan? Pasti ada… Ahli PAS jangan pening. Kita bergerak seperti biasa. Istiqamah dengan Allah, Rasul dan pimpinan yang bertakwa. Teruskan rutin kehidupan sebagai hamba Allah yang taat. Selebihnya urusan kita Allah uruskan.
Saya tidak pernah bimbing dengan serangan yang datang ketika pimpinan dan ahli PAS masih ingat dan taatkan Allah. Tapi saya bimbang serangan itu datang saat pimpinan dan ahli PAS tenggelam dalam kemewahan.
Waspadalah.
(*) USTAZ MOKHTAR SENIK -Ahli Jawatankuasa KerjaPAS Pusat. MINDA RAKYAT

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.