Satu
golongan yang dipercayai ditaja oleh golongan terpinggir daripada UMNO
telah membuat kononnya bantahan untuk mendesak pucuk pimpinan parti
supaya menolak kerjasama bersama dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
Mereka turut menuntut agar satu muktamar khas diadakan untuk membahaskan pendirian akar umbi berhubung kerjasama PAS bersama PN.
Ada beberapa yang pelik di sini ialah:-
1. Sebarang poster arahan kononnya ada bantahan datang daripada group dan kumpulan whatsapp UMNO yang menyerang BERSATU.
2. Mereka yang kononnya akar umbi PAS tidak jelas datang daripada cawangan mana (entah-entah ranting UMNO mana?)
3.
Mereka tidak faham cara dan bagaimana ahli-ahli PAS mengusulkan sesuatu
perkara, Sedanngkan dalam PAS ada program LIQA' FIKRI yang mana
ahli-ahli tak setuju dengan keputusan parti selelalu membahaskannya di
situ.
Kumpulan ini (baca UMNO) ini kononnya berkata ""Sejak sekian lama kami ingin meluahkan perasaan yang seolah-olah kami
sedang ditipu atau sedang dipaksa oleh segelintir kepimpinan untuk
menerima dan bersetuju berada di dalam PN."
Mereka tahu tak
bahawa keputusan ini telah dibahas dalam Muktamar PAS baru-baru ini.
Adakah akar umbi ini tak tahu PAS ada muktamar dan disiarkan secara live
perbahasanya?
Ini bukanya keputusan individu yang sengaja diserang kebetulan Pimpinan PAS yang diserang itu tak disukai oleh kumpulan terpinggi UMNO seperti Khalid Nordin, Nur Jazlan, Puad, Lokman dan lain-lain?
Kenapa
kononnya akar UMBI PAS serang orang yang rapat dengan Presdien PAS
Abdul Hadi Awang? Setiausaha PAS, Setiausaha Politik dan Bekas Setiusaha
Politik Abdul Hadi?
Memang licik gerakan yang nak rosakan PAS daripada luar ini.
Yang
lagi pelik kononnya akar umbi PAS (baca golongan terpinggi UMNO) ini
boleh buat banner yang bercanggah dengan DASAR KETETAPAN MUKTAMAR PAS,
iaitu "Perkukuh kerjasama MN, perteguh pentadbiran PN"
Adakah mereka cuba menyeleweng daripada kuputusan yang dibuat?
Cari siapa taja talibarut ini, siapa dia? Yang jahil dengan PAS tetapi kononnya nak menjadi jarum meroskakkan ketetapan PAS.
Mengaku kononnya AHLI SEUMUR HIDUP. Untuk makluman dah lebih 20 PAS tak guna AHLI SEUMUR HIDUP, PAS menggunakan AHLI SEPANJANG HAYAT.
Ini
kot ahli PAN dibeli oleh UMNO terpinggir? Kita tak lupa geng PAN guna
cara macam ini juga desak Majlis Syura PAS dimahsuhkan pada 2015.
Kononnya
ahli PAS, tapi cara tutup aurat pun tak betul. Siapa gerakan mereka?
Siapa upah mereka.. kena tanya Lokman Noor Adam ni!
Hebat muslimat akar umbi PAS tajaan golongan terpinggir UMNO
Akhir
sekali saya nak pesan kepada UMNO yang terpinggir, jangan bodoh buat
kerja ini nanti kelak makan diri. Lihat poster yang kamu edar yang
tertulis IBU PEJABAT PAS, sedangkan semua ahli PAS tahu PAS menamakan
sebagai PEJABAT AGONG. Ibu pejabat tu makna orang UMNO yang buat kerja
bodoh ini. PAS akan menggunakan Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut wahai
UMNO (baca golongan UMNO bodoh sedang rosakan MN).
Malah kumpulan UMNO ini (baca kumpulan terpinggir yang nak rosakkan PAS) telah membiar di group telegram MUAFAKAT NASIONAL (link). Saya cadangakan ahli PAS semua keluar sahaja daripada group itu biar mereka terbodoh sesama sendiri.
MR : UMNO macam kena penyakit kencing manis, sayang mana kaki harus dipotong. Kalau UMNO sanggup buang beberapa orang pemimpin buruk mereka UMNO akan selamat.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan