Bernama

Annuar:
"Kita mahu parti-parti (dalam PN) hormat kedudukan kita sebagai
sebuah
parti yang bukan sahaja lama, tapi juga besar...".
TANJUNG MALIM:
Kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang mempunyai kerusi
terbanyak dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu dihormati, ketika
rundingan pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha
Agung BN Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu sentiasa bersikap
terbuka dan bertanggungjawab terhadap sebarang rundingan berhubung isu
agihan itu, selagi prinsip perjuangannya dihormati.
"Kita
mahu parti-parti (dalam PN) hormat kedudukan kita sebagai sebuah parti
yang bukan sahaja lama, tapi juga besar dan memberikan kita peranan yang
bersesuaian dengan kedudukan kita.
"BN
akan terus lakukan libat urus dengan banyak lagi pihak menjelang PRU15,
mengambil sikap keterbukaan dengan banyak parti politik terutama 12
parti politik dalam gabungan kerajaan PN," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan perhimpunan agung Parti IPF ke-28, di Dewan Tan Sri
Haji Ghazali, Slim River di sini, hari ini.
Menjelas
lanjut, Annuar berkata rundingan mengenai agihan kerusi dalam BN telah
selesai, manakala di peringkat Muafakat Nasional (MN) yang terdiri
daripada parti itu sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan
PAS belum lagi selesai.
"Dengan MN belum
100 peratus selesai, selagi belum PRU15. Tapi sekurang-kurangnya
daripada segi prinsip asal MN telah ada kesepakatan, cuma kita belum
mulakan rundinga
n terperinci dengan Bersatu," katanya.
Pada
14 Dis lalu, Annuar berkata BN telah bersetuju supaya rundingan bersama
Bersatu disegerakan, bagi mencapai kata sepakat berhubung kerusi yang
akan ditandingi, manakala dua rundingan antara UMNO bersama PAS capai
tahap kesefahaman kira-kira 60 hingga 70 peratus.
Selain
itu, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berharap, pihak yang
tidak mempunyai autoriti supaya jangan membuat sebarang kenyataan
berhubung isu pembahagian kerusi, bagi mengelak kekeliruan dalam
kalangan orang ramai.
Mengenai cadangan
penyertaan IPF sebagai rakan komponen BN, Annuar berkata selagi tiada
konsensus dalam kalangan parti komponen BN untuk menerima ahli baharu,
maka IPF akan terus menjadi 'Friends of BN'.
Namun,
katanya, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak
untuk memberi peluang kepada IPF, bertanding di mana-mana kerusi
sekiranya ia mempunyai prospek cerah bagi memberi kemenangan kepada
parit, di kawasan terbabit.
"Walaupun IPF
tidak jadi ahli (BN) jika ada tempat sesuai, ada prospek bawa
kemenangan kepada kita, tidak ada masalah untuk kita berkompromi dan
berikan kerusi kepada parti itu, yang penting persefaham," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.