Abd Hadi Che Awang

Takiyuddin
turut menegaskan bahawa pembentukan MN adalah sebagai
wawasan ke arah
penyatuan ummah, dan sentiasa terbuka untuk menerima
mana-mana pihak
yang mempunyai wawasan yang sama. - Gambar fail
BALING:
Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi
Dusuki berkaitan perbincangan mengenai pengagihan kerusi antara Pas,
UMNO dan Perikatan Nasional (PN) tidak mewakili pendirian sebenar parti
UMNO.
Setiausaha Agung PAS, Datuk
Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa sebarang kenyataan rasmi berhubung
urusan berkenaan terutama membabitkan kerjasama Muafakat Nasional (MN)
antara Pas dan UMNO hanya boleh dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi.
Beliau
turut menegaskan bahawa pembentukan MN adalah sebagai wawasan ke arah
penyatuan ummah, dan sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana pihak
yang mempunyai wawasan yang sama.
"Saya
kira Asyraf Wajdi bukan Presiden UMNO, biar Presiden UMNO yang buat
kenyataan tu, sebab Pas sendiri, Ketua Pemuda Pas tidak pernah buat
kenyataan seperti itu, jadi saya rasa kenyataan tu bukan mewakili UMNO.
Saya tidak perlu komen.
"(Kerjasama)
Muafakat Nasional masih berterusan, setiap bulan kita akan
bermesyuarat, jadi Muafakat Nasional adalah satu wawasan. Dia macam
1Malaysia, jadi Muafakat Nasional itu (adalah) wawasan penyatuan ummah,
dia bukan satu parti politik, gabungan politik tetapi wawasan yang
sentiasa hidup, UMNO dan Pas dan mana pihak yang menerima penyatuan
ummah tu boleh menerima Muafakat Nasional," katanya.
Takiyuddin
berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perjumpaan bersama
Datuk Bandar dan Yang diPertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Kedah di Pejabat Daerah Baling, pada Ahad.
Dalam
pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya masih melakukan
perbincangan bersama UMNO dan Perikatan Nasional berhubung pengagihan
kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
Tambahnya, sebarang keputusan rasmi berkaitan perkara berkenaan hanya akan diputuskan selepas Parlimen dibubarkan kelak.
Takiyuddin
turut menyatakan bahawa pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga ketika
ini bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk PRU-15 yang
dijangkakan berlaku dalam masa terdekat.
Pada
Jumaat, Asyraf Wajdi menerusi satu kenyataan menyatakan bahawa
perbincangan mengenai pengagihan kerusi pilihan raya di antara UMNO dan
Pas tidak lagi membabitkan dua parti itu kerana Pas sudah secara rasmi
menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai parti komponen.
Menurut
beliau, kerjasama UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan PN untuk
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak akan banyak bergantung kepada
soal persefahaman dalam pengagihan kerusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.