Astro Awani

MUJAHID: Pembangkang tidak boleh menang tanpa mereka bersatu
dalam agenda. - BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Gabungan besar pembangkang perlu mencapai kata sepakat tentang agenda
reformasi sebelum memutuskan langkah seterusnya dalam arena politik
negara.
Naib Presiden Parti Amanah Negara
(Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menjelaskan mereka tidak boleh
menang pada pilihan raya tanpa mempunyai strategi serta taktik seperti
yang digunakan semasa PRU ke-14 sebelum ini.
"Pembangkang
tidak boleh menang tanpa mereka bersatu dalam agenda, bersatu dalam
strategi dia, bersatu di dalam taktikalnya, bersatu dalam teknikalnya.
"Itulah hasil yang kita dapat semasa PRU ke-14. Jangan kata saya menolak gabungan besar, tapi pengalaman mengajar kita.
"Gabungan besar ini di kalangan pembangkang harus mencapai kata sepakat dahulu tentang apa agenda reformasi mereka.
"Kalau
sekadar hendak duduk, ajak orang bersama tetapi apabila sudah menang,
ikut kita, kita yang putuskan kita hendak buat apa; ikut kita sampai apa
yang berlaku pada Bersatu hari itu," katanya semasa sesi Facebook
Livenya.
Bersatu mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu.
Presidennya
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu dibuat Majlis Pimpinan
Tertinggi Bersatu dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari.
Dalam pada itu, kata Mujahid, apa yang dilakukan Bersatu sebelum ini adalah langkah parti itu untuk memenangi PRU-14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan