Astro Awani

Muda
yang diasaskan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu turut melantik
Tommy Thomas dan Ambiga Sreenevasan untuk menangani isu pendaftaran. -
Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mempertimbangkan tindakan
undang-undang pada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kerana
masih tidak meluluskan pendaftaran mereka yang dimohon tiga bulan lalu.
Parti
yang diasaskan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman itu turut melantik bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan bekas
Presiden Badan Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan untuk menangani isu
pendaftarannya.
"Proses pendaftaran Muda sebagai sebuah parti politik yang sah telah mula dibuat sejak 17 September 2020.
"Namun
sehingga 21 Disember 2020, barisan Penaja Muda masih belum menerima
apa-apa perkembangan terkini berkenaan pendaftaran Muda.
"Maka,
pada 21 Disember 2020, Penaja Muda bersama 100 penyokong Muda hadir ke
ROS untuk menyerahkan surat peguam untuk menuntut pendaftaran Muda
sebagai sebuah parti politik yang sah diluluskan dengan kadar yang
segera," kata Muda dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam kenyataan itu juga, jawatankuasa penaja Muda menjelaskan, pihaknya tidak mengharapkan layanan istimewa dari pihak JPPM.
Namun
begitu kata Muda, pihaknya sukar menerima kelewatan pendaftaran parti
itu kerana tiada sebarang alasan diberi untuk menolak atau menangguhkan.
"Sebagai perbandingan, pendaftaran Perikatan Nasional hanya mengambil masa selama tiga hari sahaja di bawah kerajaan hari ini.
"Manakala,
pada era kerajaan lama Barisan Nasional, pendaftaran Parti Pribumi
Bersatu Malaysia mengambil masa selama 30 hari," katanya.
Baru-baru ini, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut membawa isu kelewatan meluluskan pendaftaran parti mereka ke mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan