Halaman

Jumaat, 22 Januari 2021

Ahli politik ditangkap disyaki edar dadah yang diproses sendiri

MGF16122020_PC-KP-KUALA-LUMPUR07
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin. foto AFFAN FAUZI, 16 DISEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis.

Suspek yang juga seorang ahli perniagaan berusia 35 tahun ditahan polis dalam satu serbuan di Fraser Business Park, Pudu di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pasukan polis menahan suspek itu sekitar jam 1.45 petang.

Hasil pemeriksaan, polis merampas 40 botol mengandungi 400 milimeter (ML) cecair dadah beserta wang tunai RM250 serta sebuah motosikal.

“Hasil daripada tangkapan itu, kami membuat satu lagi serbuan di rumah suspek yang terletak di Ampang, Selangor sekitar jam 1 pagi semalam dan berjaya membawa kepada penemuan tujuh pokok ganja serta dua anak pokok ganja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Saiful Azly, pemeriksaan lanjut polis turut berjaya merampas 1,500 gram ganja, cecair ganja (3,000 ML), cecair kimia, ganja, tempat siram pokok ganja serta sebuah kereta BMW disyaki milik suspek berkenaan.

Tambah beliau, kesemua rampasan di rumah suspek dianggarkan berjumlah RM60,760 melibatkan pokok ganja bernilai RM4,500, ganja bernilai RM3,000 serta cecair dadah bernilai RM53,100.

Hasil soal siasat polis ke atas suspek mengaku terbabit dalam kegiatan itu sejak Oktober tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.