UMNO ONLINE

KUALA
LUMPUR– WartanKerajaan Persekutuan terbaharu di bawah Perintah
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 yang
disiarkan di laman sesawang Jabatan Peguam Negara memaklumkan Jemaah
Menteri yang pulang dari mana-mana lawatan rasmi luar negara
dikecualikan daripada menjalani pemerhatian atau pengawasan selama 10
hari sebaliknya menjalani pemerhatian selama tiga hari.
Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas peraturan tersebut.
“Jangan ada dua set peraturan yang berbeza dalam apa jua bentuk perundangan mahupun SOP yang diperkenalkan; untuk rakyat marhain lain, untuk pimpinan atasan lain!” tegasnya ringkas dalam laman facebooknya.
Terdahulu, kerajaan teleh memendekkan tempoh masa perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia daripada tempoh 14 hari kepada 10 hari. – UMNO Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.