Ridauddin Daud

Tegas
Tun Mahathir, beliau jatuh bersama dengan kejatuhan PH dan adalah tidak
munasabah untuknya terus menjadi Perdana Menteri apabila PH bukan lagi
kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak
faham mengapa bekas Peguam Negara, Tommy Thomas masih kurang jelas
dengan keputusannya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun
lepas.
Menurutnya, beliau menjadi Perdana
Menteri kerana kapasitinya sebagai Pengerusi Bersatu namun pada waktu
itu, parti sudah hilang kepercayaan kepadanya.
“Apabila
saya tidak lagi memiliki kepercayaan dari parti saya, saya tidak lagi
dapat menjadi Pengerusi parti. Saya buat keputusan untuk letak jawatan
sebagai Pengerusi Bersatu.
“Saya dilantik
jadi Perdana Menteri (PM) kerana saya Pengerusi Bersatu. Apabila saya
tidak lagi jadi Pengerusi Bersatu, saya tidak lagi layak jadi Perdana
Menteri.
“Maka saya pun terpaksa letak jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya seperti ditulis dalam laman blognya pada Jumaat.
Tegasnya,
beliau jatuh bersama dengan kejatuhan PH dan adalah tidak munasabah
untuknya terus menjadi Perdana Menteri apabila PH bukan lagi kerajaan.
“Kit Siang berpendapat Kerajaan PH jatuh kerana saya letak jawatan. Jika PH masih ada majoriti, ia tidak akan jatuh.
“PH boleh pilih ahli Dewan Rakyat lain untuk jadi Perdana Menteri.
“Anwar
Ibrahim memang berminat untuk jadi Perdana Menteri. Tetapi kerana PH
hilang majoriti di waktu saya letak jawatan, Anwar tidak dapat ganti
saya,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan