PAS akan bertanding di 20 kerusi parlimen pada PRU ke-15.
Rundingan agihan kerusi antara PAS, UMNO dan BERSATU kini sedang berjalan dan dijangka selesai pertengahan tahun ini.
Jawatankusa rundingan yang mewakili ketiga-tiga parti Melayu-Islam itu telah diwujudkan sejak tahun lalu.
PAS
diketuai Naib Presidennya, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; UMNO
oleh Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Mohamad Hassan dan BERSATU juga
diketuai oleh Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu.
Menurut
sumber, PAS telah diberi laluan oleh UMNO dan BERSATU untuk
mempertahankan semua 18 kerusi parlimen yang dimenangi parti itu pada
PRU ke-14 di 3 negeri iaitu Kedah (3), Kelantan (9) dan Terengganu (6).
18
kerusi itu ialah Pendang, Jerai, Sik di Kedah; Tumpat, Pengkalan Chepa,
Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir
Putih, Kuala Krai di Kelantan dan Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu,
Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.
Di
Terengganu, UMNO dan BERSATU masing-masing diberi laluan untuk
bertanding di 1 kerusi Parlimen iaitu Besut dan Hulu Terengganu.
Keputusan
itu dicapai berdasarkan prinsip yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa
tersebut iaitu, ‘parti yang menang di mana-mana kerusi pada PRU ke-14
akan diberi hak untuk bertanding semula pada PRU ke-15’.
Prinsip
kedua, ‘bagi kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) pada PRU
ke-14 akan diberi laluan kepada BERSATU atau parti yang mendapat undi
tertinggi antara PAS dan UMNO.
Selain itu, PAS mempunyai tambahan 2 kerusi iaitu Pokok Sena dan Kuala Kedah di Kedah.
Di
Kedah, PAS dilihat tiada masalah untuk menang di kedua-dua kerusi itu
kerana kawasan berkenaan mempunyai pengundi majoriti Melayu.
Sementara itu, BERSATU akan bertanding di 2 kerusi yang dimenangi PKR iaitu Alor Setar dan Padang Serai.
Di Pahang, BERSATU juga akan diberi laluan bertanding di Indera Mahkota dan Kuantan.
Setakat
ini, PAS masih tiada tempat di Pahang bagi membawa Timbalan
Presidennya, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding semula di
negeri asalnya.
Parlimen Bangi, Kapar dan
Sungai Buloh di Selangor adalah 3 kerusi parlimen yang dimenangi PH
sebelum ini, di mana jumlah undi yang diperolehi PAS lebih tinggi
berbanding BN.
Pada PRU ke-14, DAP menang di
Bangi dengan majoriti lebih 68 ribu undi; PKR menang di Kapar dan Sungai
Buloh masing-masing dengan majoriti 16 ribu dan 26 ribu undi.
Dengan
pengundi Melayu sekitar 50% di ketiga-tiga kawasan itu, ketiga-tiga
kerusi berkenaan sedang dirunding antara BERSATU, MCA dan MIC.
Namun,
rundingan diteruskan bagi memastikan PAS diberi ruang untuk bertanding
di 10 lagi negeri iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah serta Wilayah Persekutuan.
PAS telah mengumumkan untuk tidak letak calon di Sarawak.
Dengan
kerjasama erat dan persefahaman yang kukuh parti-parti politik dalam
Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional, PAS boleh menang dengan selesa
di 18 kerusi parlimen yang telah dimenangi parti itu pada PRU ke-14
yang lalu.
PAS juga mempunyai peluang cerah untuk merampas Pokok Sena dan Kuala Kedah daripada PH.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.