Halaman

Ahad, 7 Februari 2021

Polis Johor terima 16 laporan berhubung buku Tommy Thomas

BH ONLINE
AYOB Khan
AYOB Khan

JOHOR BAHRU: Polis Johor sehingga kini menerima 16 laporan daripada pelbagai pihak berhubung penerbitan buku berbentuk memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, sejak isu berkenaan mula mendapat perhatian ramai beberapa hari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Bernama memberitahu, susulan laporan berkenaan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Thomas yang menjadi Peguam Negara dari Jun 2018 hingga Februari tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mempertikai bukunya 'My Story: Justice in the Wilderness' yang didakwa mereka antaranya mengandungi pelbagai fakta tidak betul, menghina, malah menfitnah.

Pelbagai pihak telah membuat laporan polis berhubung kandungan buku itu, antaranya Pemuda UMNO Johor yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, petang ini.– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.