Firdaus Azil

Datuk
Seri Mohd Shamsul Iskandar Md Akin menegaskan, tindakan Tun Dr
Mahathir
Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tanpa
berbincang
dengan pemimpin komponen lain merupakan fakta yang telah
diketahui oleh
rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Punca kejatuhan sebenar Pakatan Harapan (PH) adalah kerana Tun Dr
Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tanpa
berbincang dengan pemimpin komponen lain, tegas Datuk Seri Mohd Shamsul
Iskandar Md Akin.
Naib Presiden PKR itu
berkata, keputusan Dr Mahathir berbuat demikian merupakan fakta yang
telah diketahui sekian lama oleh rakyat.
Bahkan,
tegas beliau, tindakan Dr Mahathir yang cuba meletakkan kesalahan ke
atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca utama kejatuhan PH merupakan
‘sangkaan jahat’.
“Rakyat Malaysia sudah
tahu PH jatuh apabila Mahathir sendiri meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri. Dan yang menjadi parah lagi apabila keputusan beliau
letak jawatan itu, pada pandangan saya, tidak ada perbincangan di
kalangan pimpinan tertinggi PH.
“Ini
tentunya melanggar prinsip musyawarah yang sepatutnya dihayati dan saya
yakin Mahathir sebagai orang lama dalam politik faham prinsip ini.
Namun, tindakannya itu telah menimbulkan prasangka cukup besar,
dilakukan tanpa mengambil kira pandangan dan pendapat rakan-rakan
komponen PH,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Terdahulu,
Dr Mahathir dalam catatan terbaharu di blognya berkata, sebab yang
benar-benar menjatuhkan PH adalah tindakan Anwar untuk menjadi Perdana
Menteri ketika membuat pengakuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada
Februari 2020.
Ahli Parlimen Langkawi itu
mendakwa, sekiranya pada waktu itu pemimpin PH sepakat memilih namanya
sebagai Perdana Menteri, segala-galanya yang terjadi sekarang tidak akan
berlaku.
“PH yang sepatutnya cadang
saya, telah cadang Anwar konon kerana beliau mendapat cukup bilang
disebabkan sokongan dari Sabah dan Sarawak.
“Tetapi
Anwar hanya dapat 92 pencalonan dari PH sahaja. Sabah dan Sarawak tolak
Anwar. Saya dapat 62 pencalonan kerana PH tolak saya,” dakwa Dr
Mahathir.
Mengulas lanjut, Shamsul
Iskandar, yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, yang
benar-benar mengetahui jumlah sokongan sebenar untuk menjadi Perdana
Menteri ketika itu, hanyalah Yang di-Pertuan Agong.
Biarpun begitu, beliau berkata, pimpinan kanan PH sudah yakin majoriti ketika itu sudah memihak kepada Anwar.
“Tiada
siapa tahu jumlah yang menandatangani akuan bersumpah di hadapan YDP
Agong, kecuali Pejabat Istana Negara, khususnya Tuanku sendiri. Kerana
kita tanda tangan akuan bersumpah di hadapan Tuanku.
“Kita
tanda tangan dokumen, letak nama atau apa saja kita nak letak dalam
kolum itu disaksikan YDP Agong. Tiada siapa tahu jumlah… tetapi kami
yakin majoriti kepada Anwar Ibrahim,” katanya lagi.
Selain
itu, Shamsul Iskandar berkata, sekiranya Dr Mahathir berpegang kepada
janjinya untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar mengikut apa yang telah
dipersetujui, perkara itu tidak akan timbul.
Menuju
ke hadapan, beliau berkata, peristiwa itu sepatutnya menjadi pengajaran
kepada PH serta gabungan parti politik akan datang, bahawa amat penting
untuk mempertahankan muafakat yang telah dipersetujui.
“Kalau
tidak Keadilan (PKR) juga boleh pecahkan janji muafakat itu kerana
selepas sahaja Pilihan Raya Umum ke-14, yang menjadi pilihan untuk jadi
Perdana Menteri waktu itu ialah Presiden Keadilan iaitu Dr Wan Azizah.
“Tapi
kerana muafakat, janji tetap janji...maka apabila Dr Mahathir bila kita
kata diumumkan jadi calon Perdana Menteri, kita terus berpegang kepada
keputusan itu,” kata beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.