Astro Awani

Lim
Kit Siang menjelaskan PH mencapai keputusan selepas Tun Dr Mahathir
enggan
untuk terus menjadi Perdana Menteri PH dan enggan untuk mematuhi
dan terikat
dengan manifesto pilihan raya umum PH. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Veteran DAP, Lim Kit Siang menjelaskan, beliau memberi sokongan kepada
Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah dipersetujui oleh DAP, PKR dan Amanah.
Ahli
Parlimen Iskandar Puteri itu menegaskan perkara itu sebagai menyangkal
dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu berhubung keruntuhan kerajaan
Pakatan Harapan pada 2020.
Dalam
satu tulisan panjang pada Rabu, Dr Mahathir menyalahkan Kit Siang
kerana menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri ketika pertemuan semua
Ahli Parlimen dengan Yang di-Pertuan Agong.
"Perkara
ini hanyalah sangkaan Mahathir sendiri. Untuk rekod, keputusan Pakatan
Harapan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri
— selepas peletakan jawatan secara mengejut oleh Mahathir — dibuat
secara sebulat suara oleh semua parti komponen PH — DAP, PKR, dan
Amanah.
"PH
mencapai keputusan ini selepas Mahathir enggan untuk terus menjadi
Perdana Menteri PH dan enggan untuk mematuhi dan terikat dengan
manifesto pilihan raya umum PH.
"Perlunya
ada seorang Perdana Menteri PH dan sebuah kerajaan PH untuk
mempertahankan dan menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat
dalam Pilihan Raya Umum 2018.
"Amat
malang sekali apabila Mahathir masih enggan untuk bertanggungjawab di
atas kesilapan besar beliau apabila beliau meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri sedangkan beliau masih mempunyai sokongan majoriti
Ahli-ahli Parlimen, daripada PH, Warisan dan juga Bersatu," katanya.
Isu
peletakan jawatan Dr Mahathir dan pelantikan Perdana Menteri Interim
timbul kembali selepas bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas
menerbitkan memoirnya,“My Story: Justice in the Wilderness”.
Tommy
mendakwa Yang di-Pertuan Agong mahukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail sebagai Perdana Menteri Interim namun Dr Mahathir mencalonkan
dirinya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.