Menurut beliau, seperti Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang
yang lain, tahun ini pejabat beliau dinafikan sejumlah peruntukan untuk
membantu kerja-kerja memberi khidmat kepada penduduk di Lembah Pantai.
Kata beliau, ini termasuklah RM300,000 untuk mengurus
pejabat, serta RM3.5 juta untuk sumbangan dan geran kepada warga Lembah
Pantai.
“Semalam pejabat saya dimaklumkan kami akan diberi
peruntukan RM100,000 (serupa 5 Ahli Parlimen UMNO yang ‘dititik’ PN),
tetapi ini bukan untuk pejabat. Baki RM3.4 juta itu serta RM300,000 dana
mengurus itu tidak tahu ke mana pergi. Atau pihak mana yang dapat,”
katanya.
Menurut beliau, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan di
Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masih mampu menerima bantuan
dari kerajaan negeri.
“Kami di Kuala Lumpur tidak mendapat bantuan serupa. Oleh itu, saya dan rakan-rakan pasukan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai perlukan bantuan warganet.
“Jika anda atau kenalan berminat untuk memberi sebarang
sumbangan ke arah kerja-kerja pasukan Pejabat Ahli Parlimen, ini adalah
info akaun bank: PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN LEMBAH PANTAI (Maybank
564128345008).
“Segala dana yang diraih akan diumum, dan segala program
dan aktiviti akan diterbitkan secara berkala. Saya konsisten dalam
menerbit kad laporan tahunan, dan akan terus berbuat demikian,” katanya.
Nampaknya nasib Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sama
dengan nasib Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO, Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan