Hilmi Malik

Kerajaan
dilihat tidak mampu membuat apa-apa dan kepercayaan rakyat semakin
menurun kerana tiada sebarang hasil yang mendatangkan kebaikan pada
negara dan masyarakat, tegas Rafidah Aziz. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR :
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin hilang kepercayaan
berikutan kemarahan rakyat akibat usaha-usaha yang dilakukan tidak
mempamerkan sebarang hasil, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.
Beliau turut menyifatkan kerajaan ketika ini ibarat ‘itik tempang’ apabila isu pandemik COVID-19 gagal diatasi sebaik mungkin.
“Pada
pandangan saya kerajaan sekarang ibarat ‘itik tempang’ kerana mereka
tidak mampu berbuat apa-apa dan kepercayaan rakyat semakin terus
menurun.
“Saya
percaya kalau pergi mengundi mereka (kerajaan) akan kalah bukan kerana
orang tidak suka tetapi tiada sebarang hasil yang mendatangkan kebaikan
pada negara dan masyarakat,” katanya ketika bercakap di Forum Selamatkan
Malaysia pada Selasa.
Mengulas lanjut,
Rafidah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO berkata, kewangan negara telah
banyak dibelanjakan untuk memerangi wabak COVID-19 namun sehingga kini
tiada sebarang perubahan drastik dilihat malah kehidupan rakyat semakin
terdesak.
Selain itu, Rafidah turut menzahirkan kekecewaan melihat kepada sikap kerajaan yang tidak mengambil kira pandangan pakar.
“Kerajaan
sekarang ini agak degil, tutup mata, tutup telinga… segala cadangan
baik yang dikemukakan pakar tidak diambil kira pihak kerajaan.
“Kerajaan lebih memilih untuk laksana dengan cara mereka tersendiri,” ujar beliau lagi.
Dalam
masa sama, Rafidah juga menyuarakan kebimbangannya dengan kedudukan
kewangan negara yang telah banyak dibelanjakan bagi memerangi COVID-19
dan dikhuatiri ia mampu menjejaskan pentadbiran negara pada masa akan
datang.
Bahkan, tegas beliau, kedudukan ekonomi negara juga semakin meruncing apabila kebanyakan sektor perniagaan merosot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.