Muhafandi Muhamad

Datuk
Zuraida Kamaruddin enggan mengulas penubuhan platfom baharu politik
yang dikenali sebagai Parti Negara Malaysia (PNM) yang dikaitkan dengan
beliau.
- Gambar fail
KOTA BHARU:
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin
enggan mengulas penubuhan platfom baharu politik yang dikenali sebagai
Parti Negara Malaysia (PNM) yang dikaitkan dengan beliau.
Sebaliknya,
ketika ditanya mengenai kesahihan dakwaan yang dicetuskan mengenai
penglibatan beliau dalam parti baharu itu, Ahli Parlimen Ampang itu
berkata, perkara itu saling tidak ubah sekadar desas-desus.
“Desas-desus…
desas-desus… desas-desus lah…” ringkas kata Zuraida dalam sidang media
selepas majlis penyerahan dokumen Kenaf Grading Standard di Galeri
Kenaf, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Kubang Kerian di sini,
pada Ahad.
Terdahulu sumber memaklumkan sebuah parti politik yang diterajui beliau akan ditubuhkan pada akhir bulan ini.
Parti
politik baharu itu terbuka menerima menerima keahlian pelbagai kaum
dengan penubuhannya bertitik tolak pada tindakan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) yang tidak menerima sebahagian daripada ahli dari
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penyokong Zuraida serta Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Media
difahamkan, penubuhan parti baharu itu bagi membolehkan penyokong
beliau dan penyokong Azmin bergerak dalam sebuah platform selepas
tersingkir sebagai ahli PKR.
PNM, bagaimanapun, difahamkan akan kekal berada dalam blok dan menjadi penyokong kerajaan hari ini.
Sumber
turut mendakwa, beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) yang tidak menyokong PKR juga akan akan menyertai parti baharu
itu.
Astro AWANI difahamkan, pengenalan dan pelancaran parti baharu itu akan dibuat di ibu negara hujung bulan ini.
Untuk rekod, Zuraida dan Azmin kini merupakan ahli Bersatu selepas disingkirkan daripada PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.