MALAYSIA POST
PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berjaya menggerakkan kira-kira 2,000 sukarelawan untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.
Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata pihaknya menggunakan pelbagai medium untuk mempercepatkan bantuan ke tempat yang terkesan.
“Operasi koordinasi banjir MUDA berjalan 24/7. Macam-macam medium MUDA gunakan untuk cepatkan bantuan ke tempat yang terkesan.
“Kami berjaya menggerakkan kira-kira 2,000 sukarelawan setakat hari ini untuk membantu mangsa. Ada yang dari Johor ke Pahang. Ada yang dari Perak ke Selangor. Ada yang dari Melaka ke Negeri Sembilan,” katanya menerusi Facebook.
Syed Saddiq berkata, setakat ini pihaknya telah membelanjakan hampir RM500,000 daripada wang RM1 juta dikumpulkan bagi membantu mangsa banjir.
“Saya pun terlibat dalam koordinasi bantuan MUDA ni. Meeting zoom sampai buat dalam kereta sebab nak bagi bantuan cepat.
“Semua data kita kumpul, dari WhatsApp, sosial media, laporan media kita ‘centralisedkan’ untuk MUDA gunakan.
“Setiap perbelanjaan kita rekod untuk tunjuk kepada penderma sejurus krisi ini selesai.
“Saya faham masih ramai yang perlukan bantuan dan ada yang nak menyumbang lagi untuk mangsa banjir,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, MUDA melancarkan tabung bantuan khusus untuk Pahang dan mengalu-alukan bantuan pelbagai pihak. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.