Ketua-Pergerakan-Pemuda-UMNO-Bahagian-Shah-Alam-Mohd-Dendera-Billah-Zamzuri
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri

SHAH ALAM – Pas diingatkan tidak melupakan detik penting ketika bersama UMNO apabila kerjasama kedua-dua parti itu diterima semula rakyat bermula Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari 2019.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, lebih manis lagi apabila satu demi satu siri kemenangan dicatatkan selepas termeterai Piagam Muafakat Nasional (MN) pada 14 September 2019.