Halaman

Khamis, 23 Disember 2021

Persidangan Agung Bersatu ditamatkan awal, bantu mangsa banjir

Dalam persidangan agung Bersatu kali ke-4 itu setiap wakil yang dibenarkan berucap dihanya dibenarkan mengambil masa kira-kira lima minit sahaja.

Sementara ketua pemuda, wanita dan naib-baib presiden Bersatu tidak diberikan peluang untuk membuat ucapan pengulungan.

Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Faizal Md. Jidin diberikan masa kira-kira 20 minit dan Presiden Tan Sri Muhyiddin menyampaikan ucapan penggulungan juga selama kira-kira 20 minit.

Bersatu kini mempunyai ahli berdaftar seramai 563,544 orang dengan 5,643 cawangan di seluruh negara.

Dua sayap baharu ditubuhkan iaitu sayap Bersekutu bagi ahli bukan bumiputera dengan dua pemimpin sayap iaitu Datuk Seri Dr. Santhara Kumar Ramanaidu dan Dr. Chong Fat Full dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.

Turut ditubuhkan sayap Srikandi Muda khusus bagi golongan wanita muda.-SM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.