Nuzuluddin Abdul Razak

Personaliti
YouTube, Fadhil Mohd Isa yang lebih dikenali sebagai Cardock berhasrat
meningkatkan daya saing belia di Dudong melalui program ekonomi
digitalisasi. - Foto Astro AWANI
SIBU:
Personaliti YouTube yang juga calon bebas kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) N.52 Dudong Fadhil Mohd Isa mendedahkan dirinya tidak akan
bertapak lama dalam dunia politik.
Lebih
dikenali sebagai Cardock, anak jati kelahiran Sibu itu, berkata dia
hanya merancang untuk berada satu penggal sahaja dalam DUN Sarawak
sekiranya berjaya dipilih sebagai wakil rakyat 18 Disember depan.
Cardock
menyifatkan perjuangannya kali ini cukup berbeza dan matang dengan
fokus utama membangunkan sosio-ekonomi dan taraf hidup masyarakat di
kawasan Dudong.
“Saya
bertekad dan bejanji selepas lima tahun saya berhenti, saya tidak akan
bertahun-tahun dalam bidang politik seperti apa yang saya selalu
kongsikan bahawa saya suka mencuba sesuatu yang baharu.
“Kerana
saya mahu menjadi wakil rakyat sekali ini sahaja supaya saya dapar
menyalurkan bantuan yang diberikan dan yang sepatutnya diterima rakyat
itu secara adil dengan meletakkan satu standard baharu bagaimana wakil
rakyat patut menjalankan amanah mereka,” katanya dalam satu temubual
khas bersama Astro Awani pada Selasa.
Tambahnya,
transisi daripada penggiat industri digital sepenuh masa kepada seorang
ahli politik adalah satu pilihan yang berisiko namun berbaloi untuk
dicuba.
Pengalamannya yang pelbagai dalam
industri media serta program pembangunan kemahiran digitalisasi yang
diceburinya puluhan tahun lalu telah disusun rapi untuk meletakkan
dirinya ke tahap sekarang ini.
“Persediaan
itu telah lama saya rancang, dan saya kena pastikan setiap perkara itu
dikendalikan secara berperingkat walaupun dunia politik ini ada
risikonya namun saya tetap berani mencuba.
“Menang
atau kalah tidak ada rugi bagi saya kerana saya ikhlas, namun saya
khuatir akan masa depan rakyat Dudong, namun menjadi wakil rakyat bukan
hanya pada Dudong, kita tidak boleh spesifik dan saya akan terus
merancakkan idea pembangunan dan kebajikan yang idealisitik juga di
kawasan lain,” katanya.
Seperti parti
yang lain, Cardock juga mengutamakan beberapa perkara dalam manifestonya
antara untuk meningkatkan daya saing belia di Dudong melalui program
ekonomi digitalisasi.
“Setiap bulan saya
akan laksanakan program dan kursus latihan secara percuma bagaimana
penduduk di Dudong ini boleh menjana pendapatan melalui Youtube,
Facebook dan sebagainya melaui Cardock Academy.
“Selain
membuat kandungan, kita akan didik penduduk di Dudong untuk mencipta
isi kandungan yang boleh mengangkat industri pelancongan sekaligus
pelaburan ke kawasan ini dan saya jangka pulangan ekonomi akan memacu
dengan lebih rancak,” ujarnya.
Calon
Bebas berusia 37 tahun yang dikatakan ‘underdog’ dalam politik tempatan
ini dijangka akan memberi saingan hebat kepada pencabar utama DUN N.52
Dudong, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King
Sing selain enam lagi calon daripada parti yang lain.
King
Sing yang juga berasal daripada Sibu berpengalaman besar dalam
pentadbiran kerajaan negeri dan pusat dengan lima penggal sebagai Ahli
Parlimen Bintulu dan Duta Khas Kepada Perdana Menteri bertaraf menteri
ke China.
Berdasarkan data terkini
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kawasan N.52 Dudong memiliki daftar
pemilih paling ramai dengan 34,955 pemilih dan majoritinya berusia 30
hingga 39 bersamaan 25.02 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.