Munirah Mudzamli

Fazzrudin menyampaikan bantuan kepada penerima di Dewan Serbaguna Kampung Pinang Jawa, Kuching. - Astro AWANI
KUCHING:
Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Undangan Negeri
(DUN) Tupong akan digerakkan secara aktif sejurus prosedur operasi
standard (SOP) bagi kempen pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak
diumumkan
Tegas penyandang ADUN Tupong,
Fazzruddin Abdul Rahman misinya adalah untuk memastikan masyarakat di
kawasan merasai kehadiran pasukan pusat khidmatnya
"Sebelum ini pun kita telah turun untuk menyantuni masyarakat, bertanya apa keperluan mereka, apa bantuan yang mereka perlukan.
"Setelah
kita dapat tahu apa SOP maka kita akan bergerak berpandukan SOP
tersebut. Kita sedia menerima apa-apa pun SOP dan kita sedia menghadapi
pilihan raya ini dengan apa pun cabaran yang bakal dilemparkan terhadap
kami," katanya.
Fazzrudin berkata
demikian selepas menyempurnakan Program Simbolik Penyerahan Input
Pertanian di Dewan Serbaguna Kampung Pinang Jawa, di sini pada Rabu.
Baginya,
strategi utama adalah untuk memastikan masyarakat di kawasan merasai
kehadiran pasukan pusat khidmatnya melalui perkhidmatan bakti yang
berterusan serta cakna isu yang dihadapi mereka.
Beliau
yang juga Timbalan Ketua Pemuda PBB berkata, beliau yakin bahawa rakyat
mampu menilai baik siapa yang layak dipilih sebagai pemimpin mereka.
"Masyarakat
boleh menilai apa yang telah disumbangkan oleh GPS, maka kita yakin
masyarakat akan dapat menilai dengan baik siapakah yang telah memberi
khidmat bakti kepada mereka,
"Siapakah
yang mempunyai strategi yang jelas, siapakah yang mempunyai komitmen,
konsistensi dan kestabilan dalam memastikan masa depan kita terjamin,
terutama sekali dengan cabaran pandemik COVID-19 ini," ujarnya.
Pada
PRN11 Sarawak, Fazzrudin menang dengan majoriti sebanyak 8,055 undi di
DUN Tupong menewaskan pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Nurhanim Mokhsen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.