dr-sim
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

KUCHING – Manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dilancarkan semalam menggambarkan keseriusan dan komitmen gabungan politik itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, kata Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang juga Ketua Menteri Sarawak, yakin dapat memenuhi janji-janji dalam manifesto itu sekiranya gabungan politik tersebut memenangi pilihan raya pada 18 Dis ini.