Halaman

Isnin, 6 Disember 2021

PRN Sarawak: ‘Saya yakin menang’ – Abang Johari

MALAYSIA POST

PRN Sarawak: ‘Saya yakin menang’ – Abang Johari

PENGERUSI Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Ketua Menteri sementara, Tan Sri Abang Johari Abang Openg yakin dirinya akan memenangi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong bagi Pilihan Raya Negeri (PRN), Sarawak Ke-12 ini.

“Saya harap semua kita yang bertanding akan mengikuti arahan-arahan daripada SPR berkenaan SOP.. bukan apa, dengan adanya pilihan raya ini, rakyat dapat menunaikan tanggungjawab mereka.

“Untuk mengiring dan persediaan, bagi menguruskan dan mentadbir Sarawak. Saya berasa yakin bahawa saya akan menang,” katanya dalam sidang media hari ini.

Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berdepan tiga calon lain di DUN Gedong.

Beliau ditentang calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sarbini; calon Parti Amanah Negara (Amanah), Kamal Bujang dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Tomson Ango.

Senarai calon yang layak bertanding diumumkan oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Gedong, Abdul Khalid Manap pada jam 10.20 pagi.

Ini kali pertama Abang Johari bertanding di DUN Gedong selepas berpindah dari DUN Satok yang dimenanginya selama lapan penggal berturut-turut. – Malaysiapost

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.