Syafik Shukri Jalil

Suasana sekitar proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit pagi ini. - Astro AWANI
KAPIT: Proses pengundian awal bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram berjalan lancar setakat jam 9 pagi ini.
Bagi proses tersebut, ia dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 5 petang.
.
“92 anggota dan pegawai terlibat akan melakukan mengundi pada hari ini dan empat yang lain sudah mengundi secara pos.
“Pusat
mengundi ini akan terus dibuka dan diharap semua pengundi yang
disenaraikan sempat menunaikan tanggungjawab sebelum jam 5 petang,”
katanya.
Proses pengundian awal ini dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan SPR.
Seramai 20 petugas juga bertugas di sini bagi melancarkan proses pengundian sepanjang hari ini.
Untuk
rekod, 23,043 pengundi akan mengundi awal membabitkan 69 kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.