WARTAWAN SUARA RAKYAT

Malah difahamkan, strategi pengagihan kerusi juga kini sedang dirangka menerusi formula tertentu.
Menurut Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustpaha Yaakub, MN boleh menggunakan kaedah pembahagian kerusi menerusi jumlah undian.
Beliau berkata, teknik itu boleh diguna berdasarkan jumlah undian yang diperoleh UMNO dan Pas dalam PRU-14 pada 2018.
“Terdapat tiga kaedah boleh diambil MN iaitu berdasarkan dominasi. Kerusi yang dimenangi oleh Pas atau UMNO dalam PRU lalu wajar ditandingi parti berkenaan.
“Bagi kerusi yang kalah pula boleh ikut kiraan undi yang paling banyak. Sama ada Pas ataupun UMNO mana yang lebih tinggi dialah akan bertanding,” katanya dipetik laporan Malaysiakini hari ini.
Tambah beliau, kedua-dua pihak juga boleh menggunakan budi bicara bagi kawasan yang dilihat mempunyai kekuatan hampir sama.
Jelas Mustapha lagi, semua pihak berlu berjiwa besar untuk melaksanakan formula ini supaya dapat dilakukan dalam situasi menang-menang.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pemimpin supaya memberi penerangan yang jelas kepada akar umbi mengenai tindakan yang diambil.
“Apabila pengagihan selesai, kedua-dua parti juga perlu memberi penerangan yang jelas kepada setiap peringkat pimpinan dan penyokong.
“Saya melihat perlunya MN menyelesaikan secepat mungkin untuk mencapai kata sepakat dan persediaan awal,” ujarnya. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.