
Beliau berkata, sejak dari awal lagi, MIC menyokong kepimpinan Ismail Sabri selaku Perdana Menteri kesembilan.
“Kita juga sudah berbincang dengan MCA dan PBRS dan semua sependapat untuk memberi mandat kepada Datuk Seri Ismail Sabri dalam menentukan PRU15,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Agong Tahunan MIC hari ini.
Katanya lagi, amat jelas keutamaan tertinggi Ismail Sabri ialah memberi tumpuan kepada usaha pemeliharaan kesejahteraan dan kehidupan rakyat kita.
Usaha-usaha kerajaan ini telah berjaya mengurangkan kegelisahan rakyat dan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, katanya.
“Ketidakmampuan untuk memenuhi permintaan atau espektasi rakyat akan mengakibatkan mereka mempunyai perspesi yang cenderung ke arah negatif terhadap kerajaan,” ujar beliau.
Beliau berkata, MIC akan terus mendukung wawasan untuk memperkasakan masyarakat India dalam pelbagai aspek termasuk fizikal dan rohani demi melahirkan insan yang berjaya, berintegriti dan bermaruah dalam “Keluarga Malaysia”. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.