HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Disember 2021

Tidak timbul soal riak bantu mangsa banjir – Asyraf Wajdi

MALAYSIA  POST

Tidak timbul soal riak bantu mangsa banjir – Asyraf Wajdi

HEBAHAN mengenai misi bantuan banjir yang dilaksanakan Umno bukan bermaksud riak, tetapi demi mengelakkan fitnah dan atas asas ketelusan mengenai agihan sumbangan yang diberikan pelbagai pihak.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tidak timbul soal riak kerana Umno adalah organisasi yang ditubuhkan dari awal memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Menurutnya, ada pihak yang mempertikaikan misi bantuan dijalankan Pemuda Umno ketika ini dalam membantu dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir yang dikatakan  ingin menunjuk-nunjuk.

“Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin dalam membahaskan perihal menghebah-hebahkan kerja kebajikan dan sedekah yang dibuat oleh pemimpin dan individu biasa.

“Beliau mengharuskan pemimpin untuk menghebahkannya kerana akibat menyembunyikan kebaikan dan amal kebajikan boleh pula mengakibatkan fitnah kepada pemimpin; yang lebih memudaratkan berbanding dengan individu biasa. 

“Akhirnya soal hati yang ikhlas hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya,” katanya di Facebook, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, dalam konteks organisasi seperti Pemuda Umno, amat mustahak dihebahkan khidmat bakti dan segala bantuan yang diberikan bukan sahaja untuk elak fitnah tetapi juga atas asas ketelusan supaya penyumbang-penyumbang yang ikhlas memberikan sumbangan.

“Ini bagi menunjukkan bahawa kami memang turun, menyampaikan segala sumbangan yang diamanahkan dan bekerja kuat sehabis baik membantu rakyat yang susah,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: