MALAYSIA POST
PAS tidak akan pernah berhenti daripada berusaha menyatukan ummah di negara ini, kata Ketua Penerangannya, Senator Khairil Nizam Khiruddin.
Beliau berkata Umno, PAS dan Bersatu adalah tonggak kepada penyatuan tersebut.
Justeru katanya, mana-mana pihak yang menjunjung prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan serta tidak bersama dengan DAP adalah rakan-rakan strategik kepada agenda penyatuan itu.
“Walaupun di luar sana terdapat segelintir pihak yang cuba menghancurkan usaha penyatuan ini, PAS tidak akan pernah berputus asa bahkan kami akan terus sabar dan terus berusaha menjayakan agenda penyatuan ini.
“Inilah tekad Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). (Sehubungan itu) PRU15, satu lawan satu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Sementara itu Khairil Nizam berkata, sebagai Ketua Penerangan parti, beliau berazam untuk membawa lebih ramai barisan kepimpinan utama PAS ke media-media perdana di negara ini.
“Rakyat perlu lebih memahami perjuangan PAS yang seringkali disalah erti. PAS perlu difahami bukan terus dihakimi hanya dengan mendengar cerita mereka yang iri,” katanya lagi. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.