PADA pagi Jumaat yang penuh barakah ini, saya tidak mahu menyeret ketidakfahaman YB Syed Saddiq untuk pergi lebih jauh.
Pertamanya,
saya ingin menyatakan bahawa isu aurat bukan isu picisan dan murahan.
Ia berkaitan hak yang dinafikan kepada Muslimah kita.
Di sana terdapat arahan yang jelas agar wanita Muslimah menutup aurat daripada Allah dan RasulNya melalui al-Quran dan Hadis, bukan hanya sekali namun berkali-kali. Antaranya:
يَآأَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلاَبِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ
فَلاَ يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللهُ غَفُورًا رَّحِيماً.
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.”
Mengamalkan pemakaian menutup aurat adalah hak bagi orang Islam. Lagipun kita berada di Malaysia yang mana ianya sebuah negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi.
Tentunya pembelaan kepada hak-hak wanita Muslimah menjadi tanggungjawab kita. Saya menyebut secara jelas bahawa terdapat dalam kalangan mereka yang menutup aurat ketika di rumah dan di darat tetapi terpaksa membuka aurat kerana sesuap nasi dan tugas di udara. Apa salahnya jika kita sama-sama memperjuangkannya?
Lagi satu, saya tidak hanya berbicara isu ini, hampir kesemua isu dan kementerian saya bahaskan di Parlimen malahan ianya mungkin lebih banyak daripada anda.
Oleh itu, saya cadangkan Dik Saddiq lebih memahami mengenai isu ini kerana ianya menyentuh berkaitan hukum yang jelas.
(*) YB USTAZ ABDUL LATIFF ABDUL RAHMANAhli Parlimen Kuala Krai – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.