HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Disember 2007

Siapa di belakang 'DAMAI MALAYSIA'
Oleh Mamat Prihatin


TENGAHARI ini saya baru saja dihubungi oleh seorang rakan saya berbangsa Melayu yang mengatakan bahawa beliau telah dijemput untuk satu sesi majlis penerangan dari sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai "Damai Malaysia" pada esok hari di Kampong Baru,K.L.

Katanya lagi seorang yang bernama Saiful Adil (besar kemungkinan penganjor dari kumpulan ini ) menjemput beliau hadir majlis tersebut antara lain bagi menyatakan bantahan kumpulan tersebut terhadap beberapa siri demonstarsi yang diadakan sejak kebelakangan ini.

Semakan saya seterusnya terhadap nombor telefon yang diberikan oleh rakan saya tadi (03-40439948) telah menghubungkan saya kepada pejabat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjong (GPMS) yang terletak di Sentul Raya, KL, tetapi operatornya memperkenalkan diri sebagai 'Damai Malaysia'.

Semakan laman web seterusnya mempaparkan bahawa Presiden GPMS ialah Datuk Reezal Merican Naina Merican - Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan @ Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi- Perdana Menteri Malaysia Reezal juga merupakan EXCO Pemuda UMNO ( Pengerusi Biro Ekonomi- Pemuda UMNO)

Keraguan timbul apakah kaitan Reezal Marican dengan "Damai Malaysia" (DM) dan kenapakah DM beriya-iya ingin mengadakan sessi penerangan di kalangan orang-orang Melayu.

Nombor telefon yang diberikan oleh rakan saya tadi (03-40439948) telah menghubungkan saya kepada pejabat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjong (GPMS) yang terletak di Sentul Raya, KL, tetapi operatornya memperkenalkan diri sebagai 'Damai Malaysia'
Apakah objektif kumpulan ini. Apakah sekadar ingin menyatakan bantahan semata-mata maka rakan saya di panggil untuk hadir ke Kampong Baru ?

Apa kaitan Reezal Marican dengan "kumpulan yang tidak berdaftar ini"? Apakah perjumpaan yang dirancang telah mendapat "permit polis"?.

Apakah Abdullah Badawi menggunakan Reezal Merican untuk kerja-kerja 'gurkha' mobilisasi kumpulan ini?

( Penulis merupakan seorang aktivis masyarakat. Atas sebab-sebab tertenyu beliau hanya mahu dikenali sebagai Mamat Prihatin- Pengarang )

Tiada ulasan: