Bantah minyak naik 26 Jan ini.
KUALA LUMPUR - Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes) akan mengadakan perhimpunan untuk membantah sebarang kenaikan harga minyak, 26 Januari ini pada jam 3 petang di KLCC.
Menurut Dr Hatta Ramli, perhimpunan berkenaan akan memberi mesej jelas kepada kepimpinan negara supaya rakyat tidak akan bersetuju dengan sebarang kenaikan minyak pada bila-bila masa.
“Jika perhimpunan ini diadakan selepas kenaikan, ianya nampak tidak ada kesan,” katanya di pada sidang media Protes di Pejabat Pas di Jalan Raja Laut tengah hari tadi.
Beliau yang juga Bendahari Pas Pusat berkata pihak Protes tidak akan memohon sebarang permit untuk mengadakan perhimpunan.
“Pihak kami hanya akan memaklumkan kepada pihak polis mengenai perhimpunan ini,” katanya.
Mengenai kawalan keselamatan, Hatta berkata, unit amal akan memainkan peranan penting untuk memastikan keadaan terkawal dan menjaga lalu lintas.
“Unit Amal telah menjalankan tugas yang terbaik sewaktu perhimpunan Bersih tahun lepas,” katanya.
Dr Hatta turut mengatakan bahawa Naib Presiden Pas, Mohd Sabu dan pimpinan-pimpinan parti politik akan menyertai perhimpunan tersebut.
Dalam pada itu ketika di temui Suara Keadilan, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua mengesahkan bahawa beliau akan hadir untuk menyertai perhimpunan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.