Halaman

Rabu, 23 Januari 2008

Teka-teki pilihan raya, taktik tidak demokratik PM.
Wan Nordin Wan Yaacob.


KUALA LUMPUR (Hrkh) - PAS melihat usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mewujudkan senario 'teka-teki' terhadap tarikh pilihan raya sebagai jalan yang paling tidak demokratik kepada parti-parti yang bertanding, kata Timbalan Presidennya, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Semasa ditemui dalam satu program Jelajah Presiden PAS di Seremban pada 20 Januari lalu, Nasharudin menyatakan sebagai parti politik, PAS mahu tarikh pilihan raya diumum lebih awal.

Ini katanya dilakukan oleh pemerintah di kebanyakan negara maju selaras dengan semangat dan roh demokrasi.

Katanya, walaupun secara asasnya PAS telah bersedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa, tetapi tindakan Perdana Menteri merahsiakan tarikh pilihan raya amat bercanggah dengan semangat keadilan dalam demokrasi.

Begitupun beliau menjangkakan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan lebih awal dari yang dijangka sebelum ini memandangkan keputusan-keputusan serta arahan terkini kepimpinan tinggi Umno kepada pemimpin parti itu.

"Arahan-arahan terkini termasuk daripada Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Radzi Skeih Ahmad menandakan pilihan raya ini barangkali akan dipercelpatkan dari yang dijangkakan.Saya kira awal Mac akan berlaku, " katanya.

Menurut Nasharudin, kegawatan yang melanda dalam Umno/BN ditambah dengan masyarakat secara umumnya mula menyokong kepada pembangkang menyebabkan Perdana Menteri tiada pilihan lain mempercepatkan tarikh pilihan raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.