Halaman

Selasa, 5 Februari 2008

Bekas Pengarah Muzium ATM dipenjara 4 tahun kerana rasuah


KUALA LUMPUR. – Bekas Pengarah Muzium Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Lt. Kolonel Zainal Mohamed Ali dikenakan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Sivil Jenayah Kuala Lumpur setelah didapati bersalah terhadap 14 tuduhan rasuah membabitkan RM207,100 kira-kira lapan tahun lepas.

Hakim Akhtar Tahir memerintahkan beliau dipenjarakan empat tahun untuk setiap pertuduhan dan kesemua hukuman berjalan serentak bermula hari ini.

Zainal, 45, didapati bersalah terhadap lapan tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM154,600 iaitu dengan meminta Annuar @ Mohamed Annuar
Abdul iaitu pemilik syarikat Shura Trading yang diberikan kerja senggaraan dan pembaikan Muzium ATM oleh Kementerian Pertahanan, menyerahkan sebahagian daripada tugas itu kepada Suhani Enterprise, syarikat yang isteri tertuduh, Noraini Abdul Rahman, mempunyai kepentingan. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.