Negara akan punah jika terus diterajui Umno – Anwar
Bashir Ishak
KANGAR (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mendakwa negara ini akan menjadi punah kerana diterajui oleh pemimpin Umno yang suka menipu rakyat dengan memutar belitkan kenyataan.
Dalam ceramahnya di Kangar Jumaat lalu, Anwar mengingatkan orang ramai bahawa pemimpin Umno/BN semakin terdesak apabila beliau mengumumkan untuk menurunkan harga minyak sekiranya Barisan Alternatif berjaya mengambil alih pemerintahan negara ini.
Katanya lagi, sekiranya BN terus diberikan mandat rakyat akan terus menderita dengan menanggung kenaikan kos sara hidup seperti kenaikan harga barang dan harga minyak.
"Saya ulangi, sekiranya kita menang malam ini, esok harga minyak akan turun. Tapi pemimpin Umno kata kalau turun harga minyak negara akan bankrap. ini menipu rakyat.
"Bila kita turunkan harga minyak, beban rakyat akan berkurangan. Ini baru minyak petrol sahaja, kita belum sentuh hasil lain seperti sawit, cukai dan lain-lain," katanya.
Selain itu, Anwar menegaskan penurunan harga minyak boleh dibuat kerana hasil keuntungan Petronas adalah terlalu banyak dan ia tidak melibatkan jumlah yang banyak.
"Saya kata turun harga minyak bukannya kita nak turunkan sampai di bawah harga kos.
Selama tujuh tahun saya jadi Menteri Kewangan, harga minyak tak pernah naik pun. Kenapa menteri-menteri ni tak pernah fikir?
"Yang peliknya mereka sedang sibuk buat koridor pembangunan di sana-sini. Jumlah melibatkan lebih RM120 bilion. Oh, nak buat koridor ada duit, nak turun harga minyak, harga barang negara boleh bankrap.
"Tak payah buat koridorlah, kalau duit tu guna untuk rakyat, baiki sekolah-sekolah lagi baik, berapa bilion nak guna pun kita setuju," katanya. - mns
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.