Nasharuddin Mat Isa bertanding di Gombak
Oleh Bernama
Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Nasharuddin Mat Isa, dijangka bertanding untuk merebut kerusi parlimen di Gombak, Selangor, sebuah kawasan undi yang dikuasai Umno.
Calon 'berkelana' PAS berusia 46 tahun itu akan membuat percubaan ketiganya untuk bertanding di luar kawasan undi beliau di Negeri Sembilan sejak terlibat secara aktif dalam politik pada 1999.
Nasharuddin kali pertama bertanding di Yan dalam pilihan raya umum Malaysia pada 1999, apabila beliau mengalami kekalahan tipis di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Badruddin Amiruldin, yang kini timbalan pengerusi tetap Umno, dengan 182 undian.
Beliau juga tumpas di tangan calon BN, Datuk Dr Abdullah Md Zin di Besut, Terengganu, dengan kekurangan 2,000 undian pada pilihan raya umum 2004.
Nasharuddin sebelum ini dijangka bertanding di Rantau Panjang, Kelantan, tetapi sumber dalam PAS berkata beliau beralih ke Gombak atas arahan partinya selepas mesyuarat Isnin lalu.
'Masalah bagi beliau ialah Gombak sering menjadi kawasan yang dikuasai Umno,' kata sumber itu. Nasharuddin bagaimanapun gagal dihubungi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan