Halaman

Rabu, 13 Februari 2008

SPR tentukan tarikh penamaan calon, mengundi, Khamis



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Khamis untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-12, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Beliau berkata SPR akan membincangkan pelbagai perkara dalam menentukan kedua-dua tarikh itu, termasuk keadaan negara dan keselamatan masyarakat.

"SPR akan memberikan ruang yang sesuai untuk tempoh pencalonan dan seterusnya tempoh berkempen sebelum pengundian diadakan," katanya dalam wawancara secara langsung dengan RTM di sini.

Wawancara itu disiarkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen, berkuatkuasa Rabu bagi mengadakan pilihan raya umum.

Rashid berkata SPR akan mengkaji keadaan semasa bagi menentukan pilihan raya diadakan dalam keadaan yang selamat dan kondusif. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.