TERKINI !
Ustaz Hadi temui rakyat Selangor, 10 Feb
Nyza Ayob
KUALA LUMPUR (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menemui rakyat Selangor dalam Himpunan Perdana Rakyat Selangor sempena Program Jelajah Presiden PAS, esok.
Program bertempat di Dewan Putra, Kg Delek, dekat Klang, turut disertai Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Harun Din, Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Hassan Ali.
Himpunan Perdana Rakyat Selangor akan bermula pada jam 2.00 petang dengan konvoi Pemuda bermotor dan berkereta. Ini diikuti dengan amanat khas Presiden untuk petugas serta penyokong PAS.
Program akan diteruskan lagi dengan dialog bersama masyarakat non Muslim pada jam 5.00 petang di Padang Taman Klang (Hadapan Klang Parade).
Selain dialog berkaitan tawaran PAS kepada bukan Islam, majlis akan diserikan dengan pertunjukan Tarian Singa dan Gendang India serta penyampaian ang-pow kepada warga emas sempena Tahun Baru Cina.
Pada sebelah malamnya, Ustaz Abdul Hadi bersama Dr Harun Din dan Ustaz Ahmad Awang akan menyampaikan amanat mereka melalui program ceramah perdana pada jam 9.00 malam di Dataran BA, Batu 7, Meru (Jalan ke Puncak Alam).
Selain mendengar ceramah perdana, orang ramai juga diajak menyertai solat hajat bagi memohon kemenangan Islam yang akan diadakan pada malam tersebut.
Orang ramai khususnya rakyat Selangor dijemput hadir sempena Program Jelajah Presiden PAS ke Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.