HALAMAN SANTAI

Selasa, 12 Februari 2008

Timbalan Pendakwa Raya disyaki terima rasuah ditahan



KUALA LUMPUR: Seorang Timbalan Pendakwa Raya ditahan kerana disyaki menerima RM15,000 sebagai ganjaran bagi membantu menyelesaikan kes terhadap lima pekerja Bangladesh yang diberkas kerana kesalahan salah guna permit tahun lepas.

Menurut kenyataan ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini Timbalan Pendakwa Raya berusia 33 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 10 (a) (bb) Akta Pencegahan Rasuah.

Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Menurut kenyataan itu, seorang wanita berusia 55 tahun yang bekerja sendiri, turut ditahan kerana disyaki bersubahat dengan Timbalan Pendakwa Raya itu.

Wanita itu pula disiasat mengikut Seksyen 11 (a)Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM500 dengan seorang penjamin.

Kedua-duanya boleh dikenakan hukuman penjara mandatori tidak kurang dari 14 hari dan tidak lebih dari 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. BERNAMA

Tiada ulasan: