Halaman

Sabtu, 8 Mac 2008

Anggota Rela menangis tidak dibenar mengundi


MELAKA: Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) menangis teresakesak kerana dihalang untuk mengundi gara-gara beliau terbawa bersamanya gambar logo sebuah parti ke pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Lih Jen, Pokok Mangga dekat sini.

Abdullah Ahmad, 37, yang berpakaian Rela dan bertugas mengawal lalu lintas di hadapan sekolah berkenaan, terkejut dan menangis apabila anggota polis yang bertugas di pusat itu tidak membenarkan beliau mengundi kerana membawa gambar logo parti.

Gelagat Abdullah yang juga menghidap kanser, yang menangis teresak-esak itu menarik perhatian pengundi lain yang bersimpati dengannya.

Beliau mengadu mengenai perkara itu kepada calon Barisan Nasiona (BN) yang juga penyandang kerusi Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron yang datang mengundi di pusat sama pada pukul 9.45 pagi dan menasihatkan Abdullah pulang menukar uniform Rela dan datang semula mengundi tanpa membawa sebarang logo parti.

Abdullah yang memakai kemeja T dan berseluar hitam, tiba semula ke pusat itu, kira-kira 20 minit kemudian untuk mengundi.

Anggota Rela boleh mengundi walaupun ketika itu memakai uniform pasukan tersebut. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.