Bohong! Bohong! Bohong!
KAMAL AMIR
Minggu lalu Abdullah melakukan pembohongan tersohor dan paling hebat apabila menyatakan bahawa dia masih belum ada ilham untuk memanggil pilihan raya serta membubarkan Dewan Rakyat, semasa melawat negeri Sabah dan Sarawak.
Tetapi kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid yang menyatakan beliau tidak mahu berbohong kerana sesungguhnya dirinya tahu tarikh pilihan raya bakal diadakan. Apakah Abdullah Ahmad Badawi boleh berselindung lagi dengan alasan masih belum mempunyai ilham?
Begitu juga dengan pengumuman perbelanjaan ratusan bilion ringgit terhadap
pembangunan koridor Utara dan Koridor Pantai Timur yang bakal dicurahkan atas nama membela nasib rakyat. Setelah diselediki secara jelas terbukti begitu hebat Abdullah Ahmad Badawi melakukan pembohongan kerana sehingga saat ini akta pembangunan kedua wilayah tersebut masih belum disiapkan lagi.
Tidak seperti pembangunan Wilayah Iskandar di Johor yang bakal dikangkangkan untuk dilacurkan kepada Singapura di mana untuk tujuan tersebut kerajaan Abdullah Ahmad Badawi sudahpun menggezetkannya melalui Parlimen atas nama Akta Pembangunan Wilayah Iskandar.
Meskipun ianya dilihat cukup pincang serta bakal menjerumuskan kehancuran kepada kedaulatan bumi Johor namun, paling tidak untuk tujuan penerusan pembangunan ia tetap akan dilakukan kerana sudah ada satu akta diwujudkan.
Sebaliknya bagi kedua-dua pembangunan Wilayah Utara dan Pantai Timur, ia masih lagi dalam peringkat menganyam mimpi indah dan menyulam angan-angan Mat Jenin, sedangkan blue print, kertas pembangunan secara komprehensif dan bersepadu masih belum lagi wujud.
Dalam erti kata lain, upacara pelancaran pembangunan kedua-dua koridor Utara dan Pantai Timur adalah merupakan satu lakonan bohong yang sengaja diwar-warkan untuk rakyat mempercayai kehebatan buah fikiran seorang Ulul Albab imam mahzab Islam Hadhari.
Ternyata Abdullah Ahmad Badawi sekadar menjaja sebuah mimpi yang belum pasti dalam aroma kebohongan tegar dan sewajarnya segera dibersihkan dengan penyapu yang dijaja oleh memanda Wazirnya di Selangor.
Persoalannya, sampai bilakah cerita bohong Abdullah Ahmad Badawi masih mahu diizinkan oleh rakyat seluruhnya? Dan untuk itu ada baiknnya jika kita menyorot kembali cerita bohong Imam Mahzab Islam Hadhari yang akhirnya diketahui oleh rakyat.
1. Melalui sajak mencari abadinya Abdullah berjanji untuk tidak mengumpul harta berjuta, tetapi ternyata kalangan anak beranaknya terus meraih pelbagai projek berbilion-bilion.
2. Abdullah berjanji melalui sajaknya untuk tidak hidup berpoya-poya, tetapi sejak menjadi Perdana Menteri, bukan sekadar kehidupan santai di luar negeri dengan menaikki pesawat mewah dan kapal layar mewah, malahan kediaman rasmi Seri Perdana telah menganjurkan persembahan hiburan muzik sebanyak dua kali.
3. Abdullah menafikan anaknya Kamaluddin Abdullah tidak pernah mendapat sebarang kontrak dari kerajaan melalui wawancara TV 3 , sebaliknya syarikat Scomi milik anaknya meraih ratusan juta kontrak dari Petronas,
4. Abdullah menafikan terlibat dalam skandal cukup memalukan Oil For Food era rejim Sadam Hussein, tetapi laporan penyiasat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ternyata namanya dicatatkan sebagai penerima habuan jutaan ringgit.(Sila baca buku Skandal Oil For Food, Malaysia Today).
5. Abdullah menafikan membeli jet untuk kegunaan rasminya, tetapi sekembalinya dari lawatan luar negeri dia terpaksa mengaku bahawa pembelian tersebut dibuat oleh syarikat penerbangan Malaysia.(satu penipuan cukup menjijikkan).
6. Pasca awal pemerintahannya Abdullah menyatakan bahawa kantung negara sudah kering kerana dihabiskan oleh projek mega legasi Dr. Mahathir, tetapi kini dia berbelanja ratusan bilion ringgit untuk projek mega ciptaannya. Jauh lebih banyak dari era Dr.Mahathir.
7. Semasa heboh kisah cintanya dengan Jeanne Danker, dia berkali-kali menyatakannya sebagai satu gossip, tetapi ternyata wanita itulah yang dinikahinya.
Dan jika mahu ditulis satu demi satu mungkin seminggu lamanya tidak habis ditulis berhubung pembohongan Abdullah Ahmad Badawi kepada rakyat bawahan. Kerana itu cerita tentang Institusi Istana dilibatkan dalam kancah politik adalah merupakan pemesongan fakta olehnya bersama sidang wazir yang serba goblok dan membaghalkan.
Untuk hari esok entah apa lagi agaknya cerita bohong yang bakal dilontarkan oleh Abdullah Ahmad Badawi dalam usaha memulih keyakinan rakyat yang cukup terhakis terhadapnya.
Namun yang pasti rakyat sudah tidak sabar-sabar lagi menanti tarikh pengumuman pilihan raya kerana mereka mahu segera menterjemahkan kepada Abdullah berserta sidang wazirnya tentang utuhnya kuasa rakyat. Semoga bumi tercinta ini segera diselamatkan daripada pelacuran politik di kalangan pemimpin bersikap musang berbulu ayam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.