Isu salam: Idris Jusoh jelas berbohong!
Oleh Mohd Rashidi Hassan
Sekali lagi Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi mangsa fitnah pemimpin Barisan Nasional yang mendakwa beliau enggan bersalam dengan penentangnya, Dato' Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi kerusi Parlimen Marang.
Isu tersebut dibangkitkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Idris Jusoh yang mendakwa Ustaz Hadi angkuh kerana enggan bersalam dengan Setiausaha Politik beliau.
Media pengampu BN pula cuba menambahkan kehangat dengan memaparkan gambar Ustaz Hadi bersalam dan memeluk Pengerusi DAP, LIm Kit Siang yang membuat lawatan ke Terengganu semasa PAS memerintah di negeri tersebut.
Sekaligus paparan ini bertujuan memberi mesej kepada rakyat bahawa Presiden PAS sanggup berjabat tangan dengan 'orang kafir' tetapi enggan bersalam dengan 'orang Islam'. Bagi rakyat yang mempercayai bahawa media massa pro BN lebih daripada mempercayai al-Quran, sudah tentu akan terdorong mempercayai bahawa pemimpin PAS itu mempunyai sikap yang tidak baik.
Hakikat sebenar yang berlaku tidak seperti digambarkan. Penulis yang berada mengiringi pemimpin-pemimpin PAS berarak ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Marang dan sepanjang masa berada di presmis tersebut sehingga pengumuman calon dibuat, yakin Idris Jusoh dan Ramzi Zubir berbohong. !
Ketika rombongan Presiden PAS sampai, mereka terus diarahkan naik ke tingkat dua Pejabat Daerah Marang dan ditempatkan di sebuah bilik mesyuarat yang mempunyai ruang bilik luar yang tertutup dari pandangan, di sebelah kanan bangunan.
Manakala calon BN yang tiba lebih awal ditempatkan di bilik sebelah kiri bangunan.
Apabila tiba waktu penamaan dibuka pegawai SPR memanggil calon-calon BN memasuki bilik penamaan calon terlebih dahulu sehingga selesai, kemudian barulah dipanggil calon-calon PAS pula.
Selepas selesai pencalonan dilakukan, sepanjang tempoh borang dipamerkan dan proses bantahan, pemimpin-pemimpin PAS, khususnya Ustaz Hadi sepanjang masa berada di bilik mesyuarat.
Manakala calon-calon BN yang berada di bilik bersebelah, sekali sekala dilihat berkumpul di tangga bangunan untuk menghisap rokok.
Sepanjang masa rombongan kedua-dua pihak tidak langsung bertembung. Ustaz Hadi tidak pernah keluar dari bilik mesyuarat.
Beliau kelihatan begitu sibuk menerima panggilan dari seluruh negara, akibat kekecohan yang diciptakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai duti setem.
Ustaz Hadi bukannya seperti Idris Jusoh yang bersenang lenang di pusat penamaan calon selepas lima ketua bahagian Umno yang dianggap 'rival' politiknya, digugur atau tidak disenaraikan sebagai calon BN.
Sekali sekala Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat yang juga calon Dun Alur Limbat keluar dan kelihatan berseloroh dengan calon-calon BN bersama sekumpulan wartawan yang ada bersama.
Semasa pengumuman calon dibuat di tingkat satu bangunan, Ustaz Hadi juga tidak turun bersama rombongan BN.
Ketika itu Ramzi kelihatan menghantar wakilnya memanggil Presiden PAS, turun ke tingkat satu (tempat pengumuman dibuat) untuk jurufoto merakamkan gambar-gambar calon.
Dengan sopan Ustaz Hadi menjawab, "Tidak payahlah..gambar saya sudah banyak." Mendengan jawapan itu, terus wakil calon BN tersebut berlalu.
Tidak ada perlingkahan, tidak ada penolakan untuk berjabat tangan, malah kedua-duanya tidak langsung bertembung.
Lantaran mengapakah pemimpin Umno/BN beria-iya hendak memburuk-burukkan pemimpin PAS?
Hakikat sebenar yang cuba disembunyikan oleh Idris Jusoh adalah penolakan ahli-ahli Umno Marang terhadap Ramzi dan beliau sendiri.
Orang-orang Dato' Rahman Bakar memboikot pilihan raya ini. Tiga hari mereka bersama kumpulan lain dalam Umno mengadakan demonstrasi menghemtam dan mengherdik Idris sebagai pengkhianat dalam Umno.
Justeru Idris tiada jalan lain. Beliau terpaksa memujuk lebih dua ribu penyokong Rahman Bakar. Beliau cuba menyogok mereka dengan mengatakan sifat buruk pemimpin PAS itu terhadap anak buahnya.
Sebenarnya, kata nista dan maki hamun yang diterima Idris Jusoh serta Ramzi dari kalangan ahli-ahli Umno Terengganu jauh lebih buruk daripada tuduhan enggan bersalam Presiden PAS.
Isu ini bukan sahaja tidak mampu mengubah sokongan ahli dan penyokong Umno, malah golongan atas pagar juga tidak termakan dengan dakyah jahat seperti ini.
Umno dan BN Terengganu sebenarnya menunggu masa untuk ditumbangkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.