Halaman

Jumaat, 2 Mei 2008

Kabinet mahu siaran langsung sidang parlimen diteruskan


KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri hari ini membuat keputusan supaya Radio Television Malaysia (RTM) meneruskan tempoh percubaan siaran langsung selama 30 minit sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Siaran langsung itu masih tertakluk kepada semakan semula sekiranya insiden kekecohan di Dewan Rakyat pada Rabu lepas berulang, katanya kepada pemberita di Kementerian Penerangan di sini hari ini, Jumaat.

Kabinet mengambil keputusan untuk menilai semula kewajaran siaran langsung itu berikutan kekecohan yang berlaku pada hari pertama sidang Dewan Rakyat apabila beberapa wakil rakyat mengeluarkan perkataan yang dianggap tidak wajar dibangkitkan dalam dewan.

Ekoran itu banyak pihak menyifatkan perlakuan itu sebagai memalukan dan boleh menjejaskan imej wakil rakyat sendiri.

Malahan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menyatakan rasa kesalnya dengan insiden itu. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.