Mampukah Jamry makan nasi lemak bungkus ?
alhusseyn
YAB Datuk Seri Mohammad Nizar , Menteri Besar Perak berkata, kerajaan negeri telah memberi tempoh yang panjang iaitu 40 hari untuk Jamry menyesuaikan diri dan bekerjasama.
Bukan menjadi dasar kerajaan negeri untuk mendedahkan sikap sesetengah pegawai yang bertindak menimbulkan perkara meragukan.Demikian penjelasan Mohammad Nizar tentang pertukaran Jamry ke jabatan asalnya di Pejabat SUK sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas.
Kepada bekas Pengarah JAIP ini, saya ingin mengucapkan selamat bertugas dan semoga berbahagialah hendaknya dengan jawatan baru sekarang ini.
Tetapi, mampukah Jamry bersama-sama dengan kakitangan lain di Pejabat SUK makan dikantin sebagaimana MB sekarang ini? Atau menemaninya makan nasi lemak bungkus waktu rehat lepas mesyuarat? Atau bersama-sama sembahyang berjemaah disurau SUK dan mendengar tazkirah dari MB Mohammad Nizar?
Ah! Kalau Jamry mampu melakukan kesemuanya itu, saya percaya Jamry akan menjadi seorang hamba Allah, dan penjawat awam yang baik dan bersyukur.
Jamry telah dinasihatkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); tetapi beberapa Adun Umno telah mula berkokok di sini :
Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pangkor Datuk Zambry Abdul Kadir berkata tindakan Menteri Besar itu jelas menunjukkan sikap keangkuhan kuasa yang kononnya sebelum ini diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Tiada hormat kepada Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP). Sewajarnya mengHadap baginda terlebih dahulu bagi memohon perkenan bagi sebarang tindakan. Beliau juga tidak menghormati pegawai kerajaan,” kata Zambry dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata janji kerajaan negeri untuk tidak memberi sebarang tekanan kepada pegawai kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab mereka adalah ibarat ’menanam tebu di pinggir bibir’.
Adun Sungai Manik, Zainol Padzi Paharuddin, pula mengingatkan mengenai titah ucapan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah semasa ulang tahun Hari Keputeraan ke-80 Sultan Perak pada 19 April lepas bahawa masjid dan urusan agama adalah di bawah baginda.
Katanya Raja Nazrin telah bertitah bahawa baginda akan memastikan bahawa institusi agama yang berada di bawah bidang kuasa Sultan Perak seperti masjid, surau dan institusi pendidikan Islam akan dijadikan alat penyatuan dan tidak dibenarkan menjadi pentas politik yang boleh membawa perpecahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.