Laman Siti Khatijah jadi tempat pelukis berkarya
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU (Hrkh) - Laman Siti Khadijah bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khatijah akan dijadikan tempat ‘ perkelahan seni ‘ bagi menempatkan pelukis tempatan melahirkan karya mereka.
Kawasan itu yang menempatkan deretan warung-warung dan mempunyai lanskap menarik kini menjadi tumpuan peniaga-peniaga ubat tradisional dan barangan antik serta perhiasan wanita pada sebelah pagi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, laman berkenaan begitu sesuai dijadikan medan berkumpulnya pelukis-pelukis.
“ Tempat berkenaan menjadi tumpuan pelancong dan amat sesuai untuk golongan pelukis mencari rezeki. Mereka boleh melukis potret atau pemandangan yang ditempah pelancong asing dan tempatan, “ katanya di sini.
Selain itu, lokasi tersebut juga dijadikan sudut ceramah (speaker corner) yang mana sebelum ini pernah diadakan di Dataran MPKB dan Dataran Hijau.
Laman Siti Khadijah antara tempat yang menjadi perhatian umum sekarang sama ada pelancong atau penduduk tempatan sejak beroperasi dua tahun lalu.
Sebelum ini, ia hanya beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Namun sekarang dilanjutkan sehingga jam 5 petang. Manakala warung-warung beroperasi sehingga lewat malam. - mj _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.