HALAMAN SANTAI

Isnin, 16 Jun 2008

Mayat bayi lelaki ditemui dalam beg sekolah


REMBAU: Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam sebuah beg sekolah yang ditinggalkan di sebuah masjid di Kampung Sepri dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md. Dom berkata bayi itu ditemui oleh siak masjid, Hashim Sulaiman pada kira-kira pukul 7 malam, dalam keadaan dibalut dengan kertas surat khabar dan plastik, di dalam beg sekolah yang disangkutkan ke satu tiang masjid itu.

Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Hashim ketika ditemui berkata pada awalnya beliau menyangka beg sekolah itu kepunyaan cucunya yang tertinggal di masjid.

"Bagaimanapun, saya terkejut apabila ternampak kaki seorang bayi dalam beg sekolah itu semasa membukanya. Saya kemudiannya terus memaklumkan perkara itu kepada kepada ketua kampung dan polis," katanya.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil memberi keterangan atau menghubungi talian 06-6852222 bagi membantu siasatan.
BERNAMA

Tiada ulasan: