Halaman

Selasa, 14 Oktober 2008

1,000 pelajar gempar kantin terbakar

Oleh Ridzuan Ahmad


ALOR STAR: Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Sharifah Rodziah, di sini termasuk pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) gempar apabila sebahagian kantin sekolah mereka terbakar, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, bahagian dapur tempat memasak air di kantin itu musnah dijilat api dipercayai berpunca dari kebocoran gas pada dapur berkenaan.

Pembantu kantin, Azizi Ahmad, 40, berkata ketika kejadian seorang rakannya sedang memasak air di dapur dan tiba-tiba api menjulang tinggi selepas berlaku kebocaran gas pada bahagian dapur berkenaan.

Menurutnya, dia yang ketika itu berada di luar kantin bersama pengusahanya terkejut dengan jeritan daripada rakannya yang menyatakan berlaku kebakaran di bahagian dapur dan terus berlari ke tempat kejadian.

Katanya, sebaik tiba, api menjulang tinggi dan mula menyambar dinding bahagian dapur itu yang sebahagiannya diperbuat daripada papan serta terletak bersebelahan dengan bilik makan guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.